Terma

Penganjur& Kelayakan

  • Peraduan Darlie 'Charcoal Spiral 4X EFEKTIF' 2013 ["Peraduan"] ini dianjurkan oleh Hawley & Hazel Marketing (Malaysia) Sdn Bhd, Malaysia (Co. No. 105656-T)["Pihak Penganjur"] dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad sah pada 31 Oktober 2013 ["Peserta"].
  • Individu dari golongan berikut tidak layak menyertai Peraduan ini:
    • Kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya] serta ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri]; dan/atau
    • Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal khidmat pengiklanan dan/atau promosi pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya], dan ahli keluarga mereka yang terdekat [anak, ibu bapa, adik-beradik, termasuk suami/isteri].
    • Individu-individu yang mempunyai hubungkait secara langsung dengan kakitangan pihak Penganjur [termasuk syarikat bersekutu dan berkaitannya].

Tempoh

  • Peraduan ini akan berlangsung mulai 01 November 2013 hingga 31 December 2013 ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak membuat sebarang pindaan ke atas Tempoh Peraduan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua penyertaan pos atau melalui laman saman Facebook.com/DarlieMalaysia yang diterima selepas 31 December 2013 akan dibatalkan.

Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan

  • Untuk menyertai Peraduan ini, peserta perlu membeli sebarang produk berus gigi Darlie yang mengambil bahagian (sila lihat "Jadual Pembelian"atau sila rujuk ke laman sawanFacebook.com/DarlieMalaysia)
    Jadual Pembelian
    • Darlie Charcoal Clean Regular Head
    • Darlie Charcoal Clean Compact Head
    • Darlie Charcoal Spiral
    • Darlie Crystal
    • Darlie Flexiclean
    • Darlie Easy Clean
    • Darlie Airflex
    • Darlie Soft Clean
    • Darlie Wavy Fresh
    • Darlie For Him
    • Darlie For Her
    • Darlie Extra Fine Clean
    • Darlie Cutie Bunny
    • Darlie Lovely Bunny
    • Darlie Expert White
    • Darlie Shiny White
    • Darlie Complete Clean
    • Darlie Multi Functions
    • Darlie Massage Clean
    • Darlie Massage Gum Care
    • Darlie Smart
  • Peserta boleh menghantar seberapa banyak (borang) penyertaan dengan syarat setiap penyertaan mesti disertakan dengan kod bar produk berus gigi Darlie yang mengambil bahagian:
    • Setiap SATU (1) kod bar (berus gigi) Darlie yang sah layak untuk SATU (1) penyertaan sahaja. Sila rujuk frasa berikut untuk mata yang diperolehi dari setiap produk berus gigi Darlie yang mengambil bahagian.
    • Salinan borang penyertaan diterima, dengan syarat setiap borang penyertaan mesti diisi secara individu.
  • Peserta boleh menyertai Peraduan ini melalui DUA (2) cara seperti yang diterangkan di bawah:

    Cara 1 - Peraduan melalui Borang Penyertaan
    • Untuk penyerahan melalui borang penyertaan, para peserta perlu melengkapkan borang penyertaan dengan lengkap dan tepat. Borang penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
    • Borang penyertaan mesti dihantar melalui POS BIASA SAHAJA ke alamat seperti berikut:
      Peraduan Darlie 'Charcoal Spiral 4X EFEKTIF' 2013, Peti Surat 8866, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46799 Petaling Jaya, Selangor.
    • Borang penyertaan yang diterima melalui sebarang kaedah penghantaran yang lain akan dibatalkan.
    • Bukti pengiriman pos tidak menandakan bukti penerimaan oleh pihak Penganjur.
    • Segala kos yang berkaitan dengan penyertaan peraduan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

    Cara 2 - Peraduan melalui laman saman FACEBOOK
    • Para peserta haruslah seorang ahli berdaftar Facebook.com ["Laman Sawan"]. Sila rujuk kepada polisi privasi, terma dan syarat yang akan mengikat ahli dan pengguna Facebook.com.
    • Untuk menyertai, para peserta hendaklah terlebih dahulu 'klik' pada Facebook - DARLIE MALAYSIA (Facebook Fanpage) di FaceBook.com/DarlieMalaysia dan mendaftar sebagai ahli.
    • Peserta kemudiannya boleh menyertai peraduan tersebut melalui aplikasi peraduan Darlie 'Charcoal Spiral 4X EFEKTIF'.
      • Untuk penyerahan penyertaan, para peserta perlu melengkapkan semua butir dengan tepat. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.
      • Para peserta yang memasuki peraduan melalui aplikasi Facebook perlu menyimpan semua kod bar produk berus gigi Darlie dan resit pembelian (bukti pembelian).
      • Resit pembelian (yang sah) merupakan resit yang dicetak ditempat pembelian dengan tempoh pembelian (yang sah) diantara 01 November 2013 sehingga 31 Disember 2013.
      • Resit yang ditulis dengan tangan dan/atau di luar tempoh peraduan akan dibatalkan.
  • Setiap penyertaan yang lengkap dengan jawapan yang betul bersertakan kod bar produk berus gigi Darlie yang sah akan diterima sebagai penyertaan yang layak.
    • Mata akan diberikan kepada jawapan yang betul berdasarkan kepada jenis produk berus gigi Darlieyang dibeli seperti berikut:

      SATU (1) kod bar pembelian produk berus gigi Darlie Charcoal(Charcoal Clean Regular / Charcoal Clean Compact / Spiral) = 2 mata

      SATU (1) kod bar pembelian produk berus gigi Darlie (varians berus gigi Darlie yang lain)= 1 mata
    • Kod bar yang sah boleh didapati di bahagian lengan pek produk berus gigi Darlie seperti gambarajah berikut:
    • Sekiranya berlaku dimana jumlah mata yang diperolehi di antara pemenang adalah seri, maka peserta yang menghantar mata (terkumpul) tertinggi; yang terawal (di dalam lingkungan tempoh peraduan) akan diumumkan sebagai pemenang.
  • Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah di sepanjang Tempoh Peraduan.

Hadiah-Hadiah Peraduan

  • Hadiah-hadiah peraduan (tempoh peraduan: 1 November 2013 - 31 Disember 2013).
    • Hadiah UTAMA - SAMSUNG Galaxy Note IIIx 4 pemenang
    • Hadiah KEDUA-SAMSUNG Galaxy Zoomx 4 pemenang
    • Hadiah KETIGA -iPad Mini 16GB + WiFix 4 pemenang
    • Hadiah KEEMPAT - Nescafe Dolce Gusto KRUPS x 40 pemenang
  • Untuk 400 (yang TERAWAL diterima) penyertaan yang layak, peserta-peserta tersebut akan memenangi hadiah berus gigi Darlie Charcoal Spiral.
  • Hadiah-hadiah ini diberikan atas dasar "seperti adanya" dan pihak Penganjur berhak menukar spesifikasi dan warna yang akan diberikan. Spesifikasi hadiah-hadiah dan warna sebenar mungkin berbeza daripada visual dan imej yang terpapar pada borang peraduan dan bahan-bahan cetakan yang lain.
  • Risiko penebusan hadiah adalah di bawah tanggungan pemenang hadiah. Segala kos dan perbelanjaan yang berkaitan untuk menebus hadiah dan bagi waranti produk hadiah-hadiah daripada pengilang/pembekal adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemenang sendiri.
  • Sekiranya pihak Penganjur mengadakan upacara penyampaian hadiah, pemenang berusia 18 tahun ke bawah perlu hadir dan ditemani oleh ibu bapa / penjaga.

Kriteria Pengadilan

  • Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad, terikat dan tidak berhak dipertikaikan. Sebarang bantahan dan/atau aduan melalui apa jua medium tidak akan dilayan.

Notis Pemenang

  • Para pemenang akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas dan/atau telefon. Semua hadiah mestilah dituntut dalam tempoh DUA (2) bulan dari tempoh notis. Tuntutan hadiah tidak sah dan akan ditarik balik jika pemenang gagal menuntut hadiah di dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk penangguhan tempoh menebus hadiah.
  • Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan pemenang yang gagal menurut prosedur menuntut hadiah seperti yang ditetapkan oleh pihak Penganjur. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya notis pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau atas kelewatan penghantaran notis kepada pemenang yang di luar jangkaan pihak Penganjur.
  • Nama-nama pemenang akan diumumkan di laman web atau di mana-mana medium yang lain yang dianggap sesuai oleh pihak Penganjur pada tempoh 60 hari selepas tarikh peraduan. Jika berlaku situasi di mana pemenang tidak menerima sebarang notifikasi, notifikasi yang disiarkan di laman web atau di mana-mana medium yang bersesuaian bagi pihak Penganjur dianggap memadai dan mencukupi. Sebarang alasan oleh pemenang yang tidak menerima sebarang notifikasi tidak akan dilayan sama sekali oleh Pihak Penganjur untuk melanjutkan tempoh penebusan hadiah.
  • Pihak Penganjur berhak untuk melantik pihak ketiga untuk mengendalikan proses pengesahan para pemenang Peraduan serta bagi tujuan penghantaran hadiah-hadiah/barangan.

Hak Pihak Penganjur

  • Bukti kiriman tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang borang penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.
  • Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan para peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian dan bar kod yang sah.
  • Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah peraduan dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.
  • Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya dan bertanggungjawab sekiranya berlaku liabiliti, kejadian tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan penyertaan mereka di dalam peraduan ini penebusan dan/atau penggunaan hadiah/hadiah dan bersetuju melepaskan untuk melepaskan pihak Penganjur dan agensinya dari sebarang tuntutan samada bagi sebarang kecederaan, kemalangan, kehilangan jiwa mahupun kehilangan ekonomi dan lain-lain.

Publisiti

  • Penerimaan hadiah menandakan keizinan diberi kepada pihak Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau foto peserta untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau pemasaran tanpa sebarang notis dan/atau pampasan.

Pematuhan kepada Terma & Syarat Peraduan

  • Di samping Terma dan Syarat ini, segala syarat dan kaedah untuk penyertaan dalam Peraduan ini seperti yang dinyatakan pada FaceBook.com/DarlieMalaysiaatau sebaliknya adalah turut terikat kepada semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan ini
  • Sekiranya berlaku sebarang percanggahan yang melibatkan Terma dan Syarat ini dengan mana-mana terma yang terkandung dalam sebarang bahan promosi Peraduan ini, terma yang terkandung di FaceBook.com/DarlieMalaysiaakan diguna pakai.
  • Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca serta bersetuju dengan semua terma dan syarat yang terkandung di sini dan akan mematuhi segala dan/atau sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur.

Perubahan kepada Terma & Syarat

  • Pihak Penganjur berhak untuk menukar, meminda, memotong atau menambah Terma dan Syarat Peraduan ini tanpa memberi notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan Para Peserta adalah terikat kepada perubahan sedemikian.

Penggantungan

  • Pihak Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Perlindungan Data

  • Penganjur mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menyimpan data peribadi Peserta yang selamat, dan memerlukan pemproses data pihak ketiga untuk melakukan perkara yang sama. Sila ambil perhatian, bagaimanapun, pihak Penganjur boleh mengemukakan data peribadi Peserta jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau dengan waran geledah, sepina atau perintah mahkamah.